Monday, February 29, 2016

Effective Parenting

Sedikit perkongsian drpd Khalifah Parenting Course yang saya hadiri minggu lepas. Sangat membuka mata dan hati sebagai seorang ibu. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dalam membesarkan dan mendidik anak-anak dalam zaman yg penuh cabaran ini. InsyaAllah.
.
EFFECTIVE PARENTING
.
Hakikat yang Pahit
.
Firman Allah surah al-Baqarah:44
.
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
.
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
.
Berakalkah kita sebagai ibu dan ayah?
.
Jangan lihat seolah-olah masalah hanya ada pada anak kita. Kita suruh anak belajar dan meningkat dalam apa yang dipelajari. Namun anak terhalang untuk meningkat kerana kerana kita melupakan diri kita. Hakikatnya kitalah yg perlu berubah. Kita yang banyak kena betulkan salah kita. Kena suruh diri kita dulu.
.
Suruh diri kita menghafal alQuran sebelum suruh anak menghafal. Suruh diri belajar (rajin ke majlis ilmu) sebelum suruh anak belajar. Suruh diri kita beradab sebelum suruh anak beradab.
.
Mohon Allah beri kita kekuatan untuk mendidik diri kita dalam usaha mendidik anak-anak kita.
.
Perkongsian dari Puan Badariah Ismail, founder Dzul Iman.