Tuesday, April 18, 2017

Telekung Kanak-kanak DiaDina

IBU-IBU, JANGAN PAKSA ANAK BERSOLAT!!!



Ya, ini kesalahan yang selalu kita sebagai ibu biasa lakukan. Kita memaksa Si Comel untuk buat itu dan ini. Namun Si Comel biasanya jika dipaksa akan memberontak, itu sifat semula jadi kebanyakan manusia termasuk kita sendiri..kan? =D

Menurut pandangan pakar pendidik, kaedah yang terbaik adalah dengan menunjukan contoh kepada mereka. Selalu biasakan mereka lihat kita bersolat dan biasakan juga bawa mereka untuk solat di masjid.

Ini kerana, di masjid ada suasana yang baik untuk mereka lihat dan contohi. Apabila mereka lihat sendiri ramai yang bersolat dan lama kelamaan pastinya mereka juga akan tergerak hati untuk turut serta =D

Cuba bayangkan, Si Comel kita pula yang tidak sabar-sabar untuk bersolat. Hati ibu mana yang tak tersentuh dan pastinya sangat berbunga-bunga =D

"Ibu...Auni nak solat dengan ibu boleh?..."

Pendidikan yang terbaik adalah melalui contoh yang baik =D

Selamat mencuba =D



❤ KOLEKSI TELEKUNG TERKINI ❤ 

Untuk memudahkan puan mendidik Si Comel puan bersolat, kita juga ada telekung yang sesuai untuk Si Comel berusia 2 tahun dan ke atas.

Untuk melihat koleksi terbaru kita, jemput puan untuk klik pada link Katalog MESRA SMARTPHONE - LOADING LAJU di bawah =D